Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah berkata inisiatif yang diperkenalkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengiktiraf wanita di Sarawak. Foto Akma Salleh (TVS)

EFS dan BIB diperkenalkan Kerajaan Sarawak manfaatkan 119,564 penerima

KUCHING, 30 Okt : Dua inisiatif berkaitan kebajikan wanita dan kelahiran baharu yang diperkenalkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari sejak 2019 telah memanfaatkan 119 564 penerima.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif berkenaan termasuklah Endowment Fund Sarawak (EFS) bagi setiap kelahiran anak Sarawak yang telah meluluskan 82,756 akaun setakat September 2022.

Baca di sini > > > Tidak mustahil pemimpin wanita berkelayakan jadi Perdana Menteri

“Bagi Bantuan Ibu Bersalin (BIB) pula, seramai 36 808 wanita yang melahirkan anak menerima RM450 untuk tujuan pembelian makanan berkhasiat dan penjagaan diri semasa mereka berpantang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, di sini, hari ini.

Pelancaran Jentera Wanita GPS dilakukan oleh Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ribuan ahli wanita GPS.

Sementara itu, Fatimah berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Abang Johari telah memanfaatkan anak Sarawak sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Ini menunjukkan yang beliau merupakan seorang pemimpin berwawasan dan inisiatif ini juga telah mengiktiraf wanita dan keluarga secara langsung.

“Jumlah RM1,000 dalam bentuk wang simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penama mencapai umur 18 tahun bagi tujuan melanjutkan pelajaran, memulakan kerjaya atau modal perniagaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan