Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan jentera Pemuda GPS di sini hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

GPS tampilkan calon muda, wanita dan berpengalaman – Abang Johari

KUCHING, 29 Okt :Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan calon muda, wanita dan mereka yang berpengalaman untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kata Pengerusi GPS itu, kesemua 31 nama berkenaan akan didedahkan pada 3 November ini.

“Kita (GPS) mahu hantar (calon) yang berkobar- kobar dengan semangat Utamakan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda GPS, di Stadium Perpaduan Negeri, di sini, hari ini.

Yang turut hadir,  Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar serta pemimpin – pemimpin utama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Sementara itu,  Abang Johari berkata, kesemua wakil GPS yang menang kelak pada 19 November ini akan menjadi komponen strategik kepada Malaysia.

Ini katanya selepas melihat GPS memainkan peranan penting dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini, kita saksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam satu penggal.

“Selepas itu, bantuan GPS juga yang diperlukan untuk pembentukan kerajaan,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan