Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Getaran Jiwa terbitan TVS merupakan antara contoh platform untuk bakat - bakat tempatan beraksi dan menonjolkan kebolehan mereka. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak sediakan platform untuk bakat tempatan berkembang

ByAdlina Rahman

KUCHING, 28 Okt : Kerajaan Sarawak dilihat peka terhadap pembangunan bakat tempatan dan industri kreatifnya.

Vokalis kumpulan popular tempatan, Illusi, Ayai berkata, ini terbukti melalui penubuhan stesen televisyen TVS.

Jelasnya, antara faktor yang menjadi penghalang kepada seseorang individu yang ingin berjaya dalam industri tersebut adalah ketiadaan platform yang sesuai untuk mempamerkan bakat mereka.

Baca artikel berkaitan > > > Getaran Jiwa kembalikan karya agung Tan Sri P. Ramlee

“Menerusi TVS ini, saya melihat Kerajaan Sarawak peka terhadap perkembangan industri kreatifnya.

“Ini seterusnya akan memperkenalkan hasil karya di Sarawak di samping menonjolkan bakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Stadium MBKS, Bintawa hari ini.

Ayai hadir ke Sarawak untuk melaksanakan tugasnya sebagai juri jemputan konsert minggu kedua Getaran Jiwa terbitan TVS.

TVS bukti kepekaan kerajaan terhadap pembangunan bakat

Sementara itu, Ayai berkata, Sarawak memiliki kumpulan bakat besar yang perlu diketengahkan.

“Melalui TVS, mereka boleh kembangkan bakat dan kita dapat lihat betapa ramai penyanyi dari Sarawak yang mewarnai dunia seni tempatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan