Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan PKS sempena Program Sarawak Regatta - Kuching Waterfront 2022 di sini hari ini. Foto Akma Salleh (TVS).

Sarawak Kitchen medan promosi kepelbagaian makanan di Bumi Kenyalang

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Okt : Penganjuran Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sempena Program Sarawak Regatta – Kuching Waterfront 2022 berpotensi untuk menarik lebih ramai pengunjung luar ke Bumi Kenyalang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ianya juga dapat menjadi platform untuk mempromosikan serta menonjolkan kepelbagaian juadah di negeri ini.

“Terdapat pelbagai jenis makanan tradisi, moden dan minuman dijual.

“Penganjuran Sarawak Kitchen sempena acara ini sangat tepat kerana ramai pengunjung luar yang datang,” katanya kepada media selepas merasmikan Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan PKS di Tebingan Sungai Kuching, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais.

Terdapat 32 gerai makanan dan minuman dibuka manakala 20 gerai lagi menjual pelbagai produk PKS.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, penganjuran Sarawak Kitchen juga akan menggalakkan lagi para usahawan untuk terlibat dalam perniagaan.

Katanya ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan pendapatan rakyat menerusi peluang perniagaan dan pekerjaan pada masa hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan