Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Kampung Sarikei, Mustafa Hamdan. Foto: TVS.

Perubahan besar Kampung Seberang Sarikei

SARIKEI, 28 Okt : Ledakan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan membawa perubahan besar kepada Sarikei khususnya di kawasan Kampung Seberang.

Kawasan yang dahulunya hutan bakau itu kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf moden termasuk jalan raya, hospital, sekolah, padang sukan, premis perniagaan dan kawasan perumahan.

Penghulu Kampung Sarikei, Mustafa Hamdan berkata, kegigihan kerajaan membangunkan kawasan itu kini dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

“Untuk pembangunan yang kita ada di Kampung Seberang Sarikei, kita banyak melihat dari segi perubahan untuk remaja dimana kita ada dewan mini stadium yang baru, padang futsal yang tertutup dan padang petanque.

“Dari apa yang ada kita di Kampung Seberang semuanya cukup dan untuk sekolah, kita sudah ada sekolah menengah dan sekolah rendah yang baru,” katanya ketika ditemui TVS pada Jumaat.

Tidak sekadar itu dedah beliau, kerajaan turut menaik taraf jalan bagi mengatasi masalah kesesakan selain menyediakan tapak khas kepada golongan peniaga untuk menjana pendapatan.

Kepelbagaian kemudahan prasarana yang wujud itu katanya, membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

“Pembangunan sudah ada dan jalan juga tidak lagi sesak kerana adanya lampu isyarat dari simpang Kampung Lama ke Sarikei pergi ke Kampung Seberang.

“Semua jalan sudah elok dan dari jalan kampung pada masa ini, semuanya sudah dinaik taraf di Kampung Seberang,” katanya lagi.

Perubahan drastik Kampung Seberang hari ini dilihat bukan hanya untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tetapi juga menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

Secara tidak langsung kata Mustafa, ia turut memberi peluang dan ruang yang lebih besar kepada komuniti di kawasan berkenaan menjalankan kegiatan sosial, kemasyarakatan dan ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan