Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Bernama

PDRM sedang lengkapkan kertas siasatan buku Tommy Thomas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diterima semula pada 25 Okt lepas dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini,  PDRM selesai merakam keterangan Thomas berhubung buku itu.

Karya Thomas diterbitkan pada Januari 2021 dan penuh dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 Okt tahun sama menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam buku itu.

Pada 13 Okt lepas, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu yang antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan