Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: IPD Limbang

Dua rakan maut dalam kemalangan motosikal di Limbang

LIMBANG, 28 Okt : Seorang wanita bersama rakan lelakinya maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di kawasan Jalan Kubu Limbang pada pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.33 pagi itu, mangsa yang maut ialah Vanessa Sidu, 23, dari Kampung Bambangan dan Mohammad Hizan Nyalang Abdullah Mohd Saharulnizam ,18, dari Kampung Lubok Lasas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Vanessa dan dibonceng Mohammad Hizan dipercayai hilang kawalan dan merempuh tepi kaki lima bersimen selain terkena pagar besi dan tiang lampu di pembahagi tengah jalan sebelah kanan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Limbang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan