Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bapa dan anak lelakinya terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Padang Menora di sini hari ini. Foto: PDRM.

Bapa dan anak temui ajal semasa perjalanan ke sekolah

TASEK GELUGOR, 28 Okt : Dua beranak terkorban selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan pelbgai guna (MPV) di Jalan Padang Menora di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, penunggang lelaki berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun maut di tempat kejadian.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah dari rumah mereka di Padang Chempedak di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Radzi Ahmad berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah MPV datang dari arah Penanti menghala ke Kepala Batas, manakala motosikal mangsa di arah bertentangan.

“Secara iba-tiba motosikal mangsa telah hilang kawalan, lalu terbabas dan jatuh ke laluan MPV yang sedang bergerak terus.

“Pemandu MPV dikatakan cuba mengelak, namun telah terlanggar motosikal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, penunggang dan pembonceng tersebut kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas dekat sini bagi urusan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan