Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarence Ting Ing Horh bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Paliatif Borneo 2022 di sini hari ini. Foto TVS.

Banyak kemudahan Kerajaan Persekutuan di Sibu perlu dinaik taraf

SIBU, 28 Okt : Banyak perkhidmatan Kerajaan Persekutuan di sini termasuk kemudahan pendigitalan perlu dinaik taraf untuk manfaat rakyat, kata Clarence Ting Ing Horh.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berkata, perkara itu menjadi tanggungjawab wakil rakyat dan perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat supaya ‘suara’ Sibu didengari.

Kata Clarence, beliau kecewa selepas mendengar pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru – baru ini yang kerajaan telah mengenal pasti lebih 300 tapak untuk pelaksanaan dan pelancaran rangkaian 5G termasuk di Sarawak.

“Bagaimanapun Sibu tidak tersenarai dalam projek yang meningkatkan kualiti sambungan internet terutamanya di kawasan perindustrian. Projek itu akan dilaksanakan di Kuching, Miri dan Bintulu.

“Ini sangat menyedihkan dan timbul persoalan bagaimana Sibu yang merupakan sebuah bandar tidak termasuk dalam perancangan itu sedangkan tempat lain terpilih,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian merasmikan Persidangan Penjagaan Paliatif Borneo 2022 di sini hari ini.

Seramai 460 orang perwakilan menyertai persidangan ini yang membincangkan serta memberi kesedaran yang mengenai penjagaan paliatif.

Secara sinis, Clarence berkata, adakah Semenanjung Malaysia sudah ‘melupakan’ Sibu sehingga bandar ini tidak tersenarai dalam inisitif berkenaan.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pelawan berkata, akan memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini di bagi kerusi Parlimen Sibu.

“Keputusan akan dibuat oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Oleh itu, saya sebagai sebahagian daripada parti komponen GPS akan menyokong sepenuhnya kerana kita adalah satu pasukan.

“Ini bukan tentang saya tetapi Sibu,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan