Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof menyerahkan PerantiSiswa kepada seorang pelajar UNIMAS pada Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia UNIMAS di Kota Samarahan, hari ini. Foto: K-Ong Morni.

Jangan jual PerantiSiswa, hargai pemberian untuk kemudahan belajar

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 26 Okt: Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof menasihatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menjualnya.

Menurutnya, pemberian peranti itu sewajarnya dihargai mahasiswa kerana ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu proses pelajar mencapai maklumat diperlukan mereka di alam maya.

Kerajaan memandang serius penyalahgunaan peranti itu dan menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang menjual tablet.

Setiap tablet mempunyai aplikasi yang berfungsi untuk memantau keberadaan dan penggunaan peranti itu sepanjang masa, jelasnya.

“Bukan hendak menakutkan pelajar tetapi peranti itu sebenarnya dipantau rapi sama ada anda berada dalam kampus atau luar kampus.

“Sekiranya anda menjualnya secara automatik pihak yang memantau peranti itu dari jauh akan menyekat ketersambungannya, jadi saya nasihatkan pelajar janganlah jual, “ katanya ketika berucap pada Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, 1,400 tablet diagihkan kepada pelajar UNIMAS. Sebanyak 6,456 permohonan dari kalangan penuntut UNIMAS telah diperakukan untuk menerima peranti itu dan ia akan diagihkan secara beperingkat sehingga 28 Oktober ini.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia melaporkan 14 kes penjualan semula PerantiSiswa dikesan di seluruh negara dan pemantauan terhadap perkara itu sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan