Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud (kiri) bertukar dokumen dengan Raja Imran daripada Syarikat Green Valley Meragang Dairy sambil disaksikan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Foto: TVS

Lawas bakal jadi pengeluar keju Mozarella

LAWAS, 25 Okt: Lawas bakal muncul sebagai pengeluar keju berjenama Mozarella yang dihasilkan dari susu kerbau bermutu tinggi menjelang 2024.

Sehubungan itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yakin nilai tambah ternakan kerbau ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor industri makanan Sarawak.

Malah, ini juga memberikan pendapatan tambahan kepada penternak kerbau di daerah Limbang dan Lawas.

“Kita berharap dapat melihat keju mozarella di pasaran tidak lama lagi. Menerusi Jabatan Veterinar Sarawak kita menjalinkan kerjasama supaya kita dapat merancakkan industri ruminan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Penswastaan Stesen Kerbau Meragang Lawas antara Jabatan Veterinar Sarawak dan Syarikat Green Valkey Meragang Dairy di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri M-FICORD, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Maclaine@Martin Ben, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Sum Agong, pegawai-pegawai kanan M-FICORD dan wakil Syarikat Green Valley Meragang Dairy.

Baca artikel berkaitan: Sarawak berhasrat jadi pengeluar keju halal pertama di rantau Borneo

M-FICORD juga akan terus melakukan usaha sama dengan syarikat-syarikat swasta yang mempunyai kepakaran dan keupayaan menganjak sektor pertanian tradisi kepada pertanian moden.

Selain itu jumlah ternakan kerbau di Sarawak akan ditingkatkan daripada 6,000 ekor kepada 20,000 ekor menjelang tahun 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan