Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (tengah) bergambar bersama ketua masyarakat dan ketua kaum. Foto: TVS

Sarawak kaji lantik ketua masyarakat di kawasan baharu

MIRI, 24 Okt : Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kaedah untuk melantik ketua masyarakat di kawasan perumahan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, perlantikan itu perlu berikutan berlaku penghijrahan rakyat luar bandar ke bandar sehingga mengubah demografi asal penduduk.

“Kajian ini dilakukan bagi menentukan ketua masyarakat dan ketua kaum yang akan bertanggungjawab menjaga penduduk di kawasan masing – masing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Miri Senadin di Kompleks Islam Bahagian Miri di sini hari ini.

Sementara itu, Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, perlantikan ketua itu kelak akan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat termasuk menyampaikan maklumat penting.

“Mereka (ketua masyarakat) akan berkongsi mengenai dasar baharu atau cara memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), cara menggunakan SarawakPay dan sebagainya,”katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Ngadan Melintang dilantik sebagai Ketua Masyarakat Daerah Miri yang baharu untuk Desa Indah 2, Permyjaya bermula Julai lepas bagi tempoh dua tahun.

Selain itu, dua lagi yang dilantik ialah Sa’at Bos bagi Kampung Muhibbah Kuala Baram dan Dayang Noor Alfiza Akbar di Kampung Katong Lopeng, bermula pada Jun lepas juga untuk tempoh selama dua tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan