Search
Close this search box.
Satu kes kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak bagi tempoh seminggu lepas, kata JPBN.

COVID-19 : Satu kematian di Sibu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 24 Okt : Satu kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatatkan di Sarawak bagi tempoh seminggu lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebanyak 443 kes baharu turut direkodkan bagi tempoh berkenaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 430 kes dalam kategori satu dan dua manakala selebihnya kategori tiga, empat dan lima.

“Ini menjadikan kes keseluruhan di Sarawak meningkat kepada  316 987 kes semenjak dilanda pandemik COVID-19,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Baca artikel di sini >>>>> COVID-19: Tiada kematian di Sarawak

Sementara itu Kuching masih menjadi daerah yang mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 152 kes diikuti Sibu sebanyak 76 kes.

Bukit Mabong, Tebedu dan Sebauh pula masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan