Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting (gambar) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Award di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto: Akma Salleh (TVS)

Warga Amerika Syarikat paling ramai pohon Sarawak – Malaysia Rumah Keduaku

ByAkma Salleh

KUCHING, 23 Okt : Warga Amerika Syarikat merupakan pemohon tertinggi bagi Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H), kata Datuk Sebastian Ting.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri itu berkata, kementerian turut mendapati pemohon yang ramai dari United Kingdom dan Hong Kong.

“Selain itu terdapat juga pemohon dari Singapura, Jepun dan Taiwan turut berminat dengan program S-MM2H.

“Pada tahun ini Sarawak menerima sebanyak 281 permohonan untuk program itu yang telah diluluskan sejak Januari hingga September lepas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Award di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Sebastian berkata, kementerian mensasarkan tempoh selama 90 hari untuk memproses permohonan program S-MM2H berbanding sebelum ini sehingga lebih tiga bulan kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa pihak lain.

Sebelum ini S-MM2H menyaksikan penambahbaikan bagi memastikan ianya dapat memberi manfaat kepada Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini berkata, antara keperluan baharu itu ialah pemegang pas S-MM2H memerlukan tempoh tinggal minimum selama 30 hari bagi tempoh setahun di Sarawak.

Abdul Karim menjelaskan, pemohon S-MM2H juga dibenarkan bekerja atau terlibat dalam perniagaan sepanjang tempoh penyertaan program berkenaan namun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan