Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Sri Zahid Hamidi semasa merasmikan Gelombang Biru Barisan Nasional, di Kimanis, hari ini. Foto: TVS

TPM dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung dalam Manifesto BN – Ahmad Zahid

PAPAR, 23 Okt : Jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia akan diwujudkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, perkara berkenaan akan dilaksanakan sekiranya mereka mendapat kemenangan besar serta membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Ketiga tiga jawatan TPM itu juga boleh digunakan oleh BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai manifesto mereka di peringkat negeri.

“Saya yakin Perdana Menteri akan terima cadangan ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan, itu sebabnya.

“Sebelum ini hanya ada empat jawatan Menteri Kanan namun jawatan TPM bakal disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Gelombang Biru BN Zon 3, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mencadangkan agar BN Sabah memasukkan dalam manifesto mengenai peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalur secara terus kepada kerajaan negeri sekiranya BN dominan dalam pembentukan kerajaan.

“Saya cadangkan agar Pengerusi BN Sabah memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar peruntukan yang selama ini disalurkan melalui kementerian di peringkat Persekutuan disalurkan terus kepada kerajaan negeri,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan