Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika berucap dalam Majlis Penutupan Corporate Social Responsibility (CSR) for Communities pada Ahad. Foto TVS.

Sarawak sasar 145,000 peluang pekerjaan menjelang 2030

PADAWAN, 23 Okt : Sarawak menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 145,000 peluang pekerjaan menjelang 2030, kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.
 
Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri berkata, peluang pekerjaan itu terdiri daripada sektor pemangkin ekonomi.
 
“Sebanyak 50,000 daripadanya melibatkan bidang perniagaan.
 
“Strategi transformasi modal insan harus fokus kepada penyediaan hala tuju sumber tenaga yang lebih produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi.
 
“Perubahan pasaran kerja masa kini mengharuskan tenaga kerja kita memiliki kemahiran yang lengkap dan pelbagai serta  memenuhi cita rasa industri,”katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sarawak Skill di Kampung Sira, Padawan di sini hari ini.
 
Sementara itu selaras dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, beliau memberitahu Kerajaan Sarawak sedang memacu pembangunan infrastruktur untuk meningkatkan taraf hidup dan mengembangkan ekonomi bagi menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan.
 
Menurutnya, ini termasuklah melatih rakyat untuk menjadi lebih mahir dan meningkatkan taraf pendapatan mereka.
 
“Bagi menangani jurang dalam ekosistem ekonomi, kita akan mengubah struktur ekonomi iaitu menerusi pemodenan dan meningkatkan efisiensi pendapatan isi rumah serta melindungi alam sekitar,”katanya.
 
Katanya, bagi membolehkan Sarawak muncul negeri maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan menyasarkan peningkatan pendapatan purata bulanan kepada RM15,047 menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan