Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Daro mempunyai potensi untuk menjadi kawasan tanaman alga baharu di Sarawak. Foto TVS.

Daro berpotensi sebagai tempat tanaman alga – Abang Johari

ByAdlina Rahman

DARO, 23 Okt : Daerah ini berpotensi dijadikan sebagai kawasan ladang tanaman alga yang baharu untuk pengeluaran bahan api bio, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, ketika ini Kerajaan Sarawak melaksanakan projek rintis itu di Gedong Dan Bintulu.

“Sekiranya projek di kedua – dua kawasan itu berjaya, maka Daro akan menjadi kawasan seterusnya yang sesuai untuk penanaman,” kata Abang Johari dalam sidang media selepas Perasmian Kompleks Sukan Daro, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, ini kerana Daro mempunyai cuaca yang sesuai serta bekalan air masin yang mencukupi untuk penanaman alga.

Sementara itu beliau turut berkata, pembangunan Daro kini boleh dilihat dengan ketara serta selari dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk membangunkan kawasan luar bandar.

“Dalam tempoh empat tahun ini, saya telah melihat Daro berubah wajah,”ujarnya.

Pada majlis yang berasingan pada sebelah pagi, Abang Johari memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek pembinaan Waterfront Daro serta pembinaan sebuah pasar tani baharu dalam usaha merancakkan lagi ekonomi di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan