Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Kabong Brotherhood muncul juara pertandingan Sarawak Open Tug of War 2022 yang berlangsung hari ini. Foto: Fatah Putera (TVS).

Brotherhood Kabong bawa pulang RM6 ribu juarai pertandingan tarik tali

KABONG, 23 Okt: Pasukan Brotherhood Kabong muncul juara Sarawak Open Tug of War 2022 yang berlangsung di Pantai Tanjung Kembang, di sini hari ini.

Pada pertandingan akhir, Brotherhood Kabong menewaskan Helang Hitam Saratok yang memberikan tentangan sengit.

Pengurus pasukan itu, Mohamad Ruzaidi Badyalina berkata, mereka berpuas hati dengan kejayaan itu kerana telah membuat persiapan rapi.

“Kami berlatih selama dua bulan bagi menghadapi kejohanan ini. Syukur Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras oleh semua ahli, kami menuai hasil pada hari ini,”katanya kepada TVS selepas pertandingan.

Saingan yang bermula semalam menyaksikan 28 pasukan iaitu 20 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita mengambil bahagian.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd. Chee Kadir berkata, penganjuran acara itu mampu melonjakkan lagi usaha mempromosikan daerah ini selepas kejayaan penganjuran Kabong International Kite Festival (KKIF) sebelum ini.

Juara kategori lelaki membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 berserta trofi dan pingat manakala juara kategori wanita RM3,000 berserta trofi dan pingat.

Tempat kedua masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,500 dan RM2,500 manakala tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM2,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan