Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liz Truss. Foto FB Liz Truss
Liz Truss. Foto FB Liz Truss

Liz Truss letak jawatan selepas 6 minggu, jadi PM UK paling singkat berkhidmat

ByBernama

LONDON, 21 Okt: Perdana Menteri Britain Liz Truss mengumumkan perletakan jawatan pada Khamis, sekali gus menjadikannya perdana menteri paling singkat berkhidmat dalam sejarah Britain.

Perletakan jawatan Truss susulan belanjawan yang dibentangkan kerajaannya serta ideanya mencetuskan pergolakkan dalam pasaran kewangan dan ekonomi, beberapa siri peletakan jawatan lain dan pemecatan dalam kerajaannya, serta isu disiplin dan perpaduan dalam Parti Konservatif.

Pemilihan tampuk kepimpinan baharu akan diadakan dan diselesaikan dalam masa seminggu, manakala Truss akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sehingga penggantinya dilantik, menurut Agensi Anadolu.

Bercakap di luar 10 Downing Street, Truss berkata beliau dipilih ketika bil tenaga melambung tinggi dan dengan mandat untuk mengubah pertumbuhan ekonomi Britain yang perlahan.

“Bagaimanapun, saya sedar memandangkan keadaan saya tidak dapat menunaikan mandat ketika saya dipilih oleh Parti Konservatif,” katanya.

Truss berkata beliau telah menghadap Raja Charles III  serta menyampaikan hasrat peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Konservatif, menurut laporan agensi itu .

“Pagi ini saya bertemu pengerusi Jawatankuasa 1922 Sir Graham Brady. Kami bersetuju bahawa pemilihan kepimpinan akan dilaksanakan dan diselesaikan pada minggu hadapan.

“Ini akan memastikan kita terus berada di landasan tepat untuk menyampaikan rancangan fiskal serta mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

“Saya akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti baharu dipilih,” katanya.

Truss berkhidmat sebagai perdana menteri selama enam minggu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan