Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng ketika melancarkan hiasan malam Deepavali di replika kucing di Kuching pada Khamis malam. Foto TVS.

Kenaikan harga tiket penerbangan luar kawalan Kerajaan Sarawak

KUCHING, 21 Okt: Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian mempersoalkan kewajaran kenaikan harga tiket penerbangan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menyuarakan keprihatinan, beliau berkata kenaikan itu adalah di luar kawalan kerajaan Sarawak memandangkan ia dioperasikan oleh syarikat swasta.

“Semua syarikat penerbangan dijalankan oleh entiti swasta dan saya pasti anda tahu mereka yang memiliki syarikat penerbangan ini,” katanya ditemui selepas melancarkan hiasan malam Deepavali di replika kucing di sini pada Khamis malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan harga tiket penerbangan naik dua kali ganda susulan pengumuman tarikh hari mengundi bagi PRU-15.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal selia harga tiket, supaya syarikat penerbangan tidak meningkatkan harga sewenang-wenangnya menjelang PRU-15.

Menurutnya, walaupun harga tiket penerbangan, secara lazimnya akan meningkat mengikut Mekanisme Harga Dinamik jika terdapat sesuatu peristiwa melibatkan pergerakan orang ramai, Mavcom akan mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan didapati menaikkan harga tidak mengikut syarat ditetapkan.

“Mengikut mekanisme harga dinamik yang mana-mana syarikat penerbangan dalam dunia tetapkan, lebih awal (tiket) ditempah, ia murah dan lebih dekat dengan satu tarikh atau peristiwa, harga akan menjadi lebih tinggi,” katanya dipetik menerusi BERNAMA.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan  pengundian awal pada 15 Nov. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan