Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja yang telah membaling pisau kepada adiknya berusia 16 tahun. Foto: BERNAMA

Pisau dibaling remaja perempuan terkena salur darah utama arteri adiknya

ByBernama

JOHOR BAHRU, 20 Okt: Pisau yang dibaling seorang remaja perempuan kepada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh di Iskandar Puteri semalam, disahkan terkena salur darah utama arteri mangsa.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata tindakan remaja perempuan berusia 18 tahun itu telah menyebabkan darah mangsa yang berusia 16 tahun itu, keluar dengan banyak menyebabkan akhirnya dia rebah.

Baca artikel di sini:

  1. 1. Remaja lelaki maut tertusuk pisau dibaling kakaknya

Beliau berkata maklumat itu diperolehi hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

“Tusukan pisau terkena salur darah utama arteri, menyebabkan darah banyak keluar dan (mangsa) rebah dengan cepat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Semalam, polis menahan remaja perempuan itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilaporkan sebagai berkata tragedi malang itu, dipercayai berpunca daripada pergaduhan kedua-beradik itu yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Remaja perempuan itu direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan