Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Annuar Musa

K-KOMM komited segerakan agihan PerantiSiswa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) komited menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu perlu dipercepatkan demi kepentingan pelajar memandangkan sehingga kini hanya 8.3 peratus atau 23,101 peranti sahaja telah diagihkan kepada golongan berkenaan.

“Agihan baru 8.3 peratus dan ini angka yang rendah, oleh sebab itu saya datang buat tinjauan di gudang untuk pastikan stok 350,000 peranti dah sampai dan hari ini saya berpuas hati dan saya sahkan sendiri stok memang ada.

“Daripada jumlah stok 350,000 peranti ini, 100,000 set ada di gudang Samsung, 138,500 set di sini (J&T Distribution Solution Sdn Bhd) dan yang lain dihantar ke zon tengah (15,700), zon utara (20,000), zon timur (18,600), zon selatan (15,000) dan Sabah serta Sarawak (42,200),” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di gudang simpanan peranti itu di J&T Distribution Solution Sdn Bhd, di sini pada Isnin.

Menjelas lanjut, Annuar berkata proses pengagihan mengambil masa kerana taburan permohonan melibatkan segenap pelosok negara dan bukan membabitkan kampus dan sekolah semata-mata.

Justeru, bagi memastikan pengagihan itu segera dilaksanakan, Annuar berkata pemberian peranti itu akan dibuat secara serentak melibatkan pengedaran di semua zon dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Kita tengok di zon tengah jumlah sangat besar dan kemungkinan kita buat pengedaran berpusat…pelajar  boleh datang untuk ambil dengan cara cepat dan mudah.

“Saya minta supaya jadual pengagihan ini dapat disampaikan kepada saya esok (Selasa) dan kita akan lihat semua taburan pemohon di seluruh negara dan akan buat ketetapan bagaimana nak diedarkan dalam bulan ini juga.

“Walaupun saya letakkan sasaran edaran hendaklah disempurnakan menjelang akhir November tetapi yang mana dah lulus 279,188 ini dapat diedarkan bulan ini juga sementara kes rayuan dan baki permohonan yang sedang diproses akan dibawa ke bulan depan,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 474,311 permohonan untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima melibatkan 95,882 bagi fasa pertama dan 378,429 untuk fasa kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan