Search
Close this search box.
Kuching masih merekodkan kes baharu tertinggi sebanyak 172 kes. Foto Faitullah Morni (TVS).

COVID-19: Tiada kematian di Sarawak

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 17 Okt : Tiada kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak bagi tempoh seminggu lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, bagi jangka waktu berkenaan juga, sebanyak 424 kes baharu di negeri ini dicatatkan dengan enam pesakit berada pada kategori tiga, empat dan lima.

Baca artikel di sini >>>>> COVID-19: Satu kematian direkodkan di Miri

“Ini menjadikan jumlah jangkitan kumulatif di Sarawak meningkat kepada 316 544 kes sejak dilanda pandemik,” jelas JBPM menerusi kenyataan media hari ini.

Infografik COVID-19 di Sarawak bagi tarikh 9 Okt – 5 Okt 2022.

Sementara itu, Kuching masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 172, diikuti Sibu (67) dan Miri dengan 50 kes.

Asajaya, Beluru dan Telang Usan pula tidak merekodkan kes baharu bagi tempoh dua minggu berturut – turut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan