Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairy Jamaluddin berpelukan bersama Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi perkongsian di Instagramnya. Foto tangkap layar Instagram Khairy Jamaluddin.

Saya ‘serahkan’ Rembau kepada Tok Mat – Khairy Jamaluddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Okt : Penyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini secara rasmi ‘menyerahkan’ kawasan itu kepada ‘bakal’ penggantinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menerusi Instagram, Menteri Kesihatan itu berkata, beliau yakin Mohamad atau dikenali sebagai Tok Mat akan meneruskan legasinya.

“InsyaAllah Tok Mat akan menang besar dan terus menjaga Rembau dengan cemerlang,” katanya menerusi hantaran video di insta story.

Turut disertakan bersama hantaran itu ialah video Khairy dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang masing – masing berbaju Melayu berwarna merah bersalaman dan berpelukan.

Pada September lepas, Khairy mendedahkan beliau diarahkan mengosongkan Parlimen Rembau bagi memberi laluan kepada Mohamad bertanding di situ.

Susulan itu, Khairy berkata, beliau masih belum tahu kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

UMNO Bahagian Alor Setar, Kedah sebelum ini dilaporkan turut ‘menjemput’ Khairy bertanding di parlimen berkenaan sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu tiada tempat untuk bertanding pada PRU-15.

Pada PRU 2018, Khairy mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 4,364 undi selepas menewaskan calon Pakatan Harapan dan PAS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan