Search
Close this search box.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Foto Facebook Mohd Shafei Apdal.

PRU-15 : WARISAN belum muktamad kerusi di Semenanjung Malaysia – Mohd. Shafie

ByBernama

PAPAR, 15 Okt : Parti Warisan (Warisan) masih belum memuktamadkan mana-mana kerusi Parlimen yang akan ditandingi di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sememangnya terdapat pemimpin dan ahli Warisan menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi parlimen tertentu di Semenanjung antaranya Kedah dan Perlis, namun Warisan melihat ia sebagai cadangan pada ketika ini.

Beliau berkata selepas dimuktamadkan, koordinator akan dilantik bagi menentukan kawasan dan calon yang bertanding selain menjalankan tapisan ke atas calon-calon berkenaan.

“Ia bergantung kepada presiden yang menentukan kerusi mana kita bertanding, siapa jadi calon akan diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera PRU15 Warisan Parlimen Papar di sini hari ini.

Pengerusi Warisan Kedah Datuk Fadzil Hanafi hari ini berkata parti itu telah mengenal pasti lima kerusi Parlimen bakal ditandingi seperti Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai selain menghantar satu nama calon untuk setiap parlimen kepada Mohd Shafie.

Pada Khamis lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata Warisan berkemungkinan besar bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan satu kerusi di Labuan.

Sementara itu, ketika melancarkan jentera PRU15 Warisan Parlimen Kimanis, Mohd Shafie mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr Daud Yusof sebagai calon Warisan untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Kimanis.

“Kita doakan mudah-mudahan kita menang dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Daud, 61, adalah calon kedua yang diumum Warisan untuk PRU15, selepas Bendahari Warisan Bahagian Sipitang Datuk Adnan Puteh yang diumum sebagai calon bagi Parlimen Sipitang.

Parlimen Kimanis disandang Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin yang menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada Januari 2020 menewaskan calon Warisan Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan