Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar. Foto Bernama.

PRU-15: Nurul Izzah nafi dakwaan rundingan sulit UMNO – PKR

GEORGE TOWN, 16 Okt : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang mengadakan rundingan sulit bersama UMNO, untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sudah terang lagi bersuluh kekecewaan, kami selaku ahli Parlimen yang tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana ia mengheret seluruh rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan bahaya bencana alam dan musim tengkujuh.

“Kita tidak mahu menerima pakai politik begini dan ini sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan sulit itu dilakukan antara pasukan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan Presiden, PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan