Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.5 bilion untuk membangunkan Betong. Foto TVS.

Kekalkan Betong sebagai kubu kuat GPS – Douglas Uggah

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 16 Okt : Pengundi perlu memastikan kerusi Parlimen Betong kekal sebagai kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, ini kerana di bawah GPS, penduduk Betong bakal menikmati lebih banyak pembangunan berdasarkan komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan negeri melaksanakan agenda pembangunan di Betong dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion kepada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA),”katanya.

Sementara itu, Douglas Uggah yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meminta supaya penduduk segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kerosakan atau kejadian tanah runtuh di kawasan masing – masing.

“Ini kerana kita menjangkakan hujan lebat dan banjir akan berlaku pada Disember sehingga Januari tahun depan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta kerjasama supaya memaklumkan kelewatan pelaksanaan projek yang sedang dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTC) dan projek kecil luar bandar supaya tindakan susulan dapat dilakukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan