Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti yang boleh menjamin kestabilan politik negara selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Foto TVS

GPS tunggu PRU-15 selesai, sedia kerjasama dengan gabungan boleh jamin kestabilan politik

KUALA LUMPUR, 16 Okt:  Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti yang boleh menjamin kestabilan politik negara selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agungnya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Tanpa menamakan mana-mana gabungan politik, beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata ini merupakan prinsip GPS sejak dahulu.

Baca artikel di sini:

  1. 1.Kekalkan Betong sebagai kubu kuat GPS – Douglas Uggah
  2. 2.Hanya orang Sarawak ‘bena – bena’ bela nasib orang Sarawak – Fadillah
  3. 3.PRU-15 : Kerajaan Sarawak pertimbangan beri subsidi kepada anak Sarawak balik mengundi

“Kami di GPS ini kita hendak kerajaan pusat kerajaan (yang) stabil, kerana kita faham kerajaan pusat mestilah kerajaan yang stabil supaya kita dapat menggerakkan ekonomi, baru sahaja keluar daripada masalah COVID-19 dan nak fokus kepada rakyat, ekonomi dan negara.

“Berlandaskan itu saya boleh katakan bagi pihak GPS, kita akan bersama mana-mana pihak yang kita boleh harapkan dapat mewujudkan kerajaan yang stabil (bagi) kepentingan negara dan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Promosi Kraf Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri.

Ditanya sama ada GPS akan bekerjasama dengan parti gabungan lain dalam membentuk kerajaan selepas PRU-15, Nanta, yang juga  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata ia merupakan antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat tertinggi PBB, Selasa ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan