Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majikan perlu memberikan kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jatuh pada hari bekerja. Foto: Facebook Datuk Seri M Saravanan

Beri kelonggaran, cuti kepada pekerja keluar mengundi jika PRU-15 jatuh hari bekerja – Saravanan

ByBernama

TAPAH, 16 Okt: Majikan perlu memberikan kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  jatuh pada hari bekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata ini kerana adalah menjadi hak setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi dan menunaikan kewajipan mereka.

“Majikan perlu akur pada arahan kerajaan. Mereka perlu benarkan pekerja keluar mengundi. Sama ada dengan cuti peristiwa, cuti ganti atau cuti beberapa jam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di sini hari ini.

Beliau berkata mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt ini bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan