Search
Close this search box.
Datuk Seri Bung Moktar Radin merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kinabatangan 2022 di Sandakan, hari ini.

PRU-15: BN dan GRS agih kerusi Parlimen sama rata

SANDAKAN, 15 Okt : Dua puluh lima kerusi Parlimen di Sabah akan diagih secara sama rata antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, senarai calon BN sedang dimuktamadkan dan diharap tiada pertembungan kerusi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini.

“Kita rancang untuk umumkan calon-calon BN dan GRS serentak dalam masa terdekat ini.

“Oleh itu untuk situasi menang-menang, bermakna ada separuh untuk calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan 2022 di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, hari ini.

Menurut Bung Moktar, BN akan mengetengahkan kira-kira 80 peratus muka baharu pada PRU-15.

Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan agar tidak berkecil hati, sebaliknya membantu memastikan kemenangan calon BN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan