Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee merasmikan Pesta Walet Beluran di Tapak Tamu Beluran di sini hari ini. Foto TVS.

Industri sarang burung walet rekod nilai eksport RM1.21 bilion

BELURAN, 15 Okt : Industri sarang burung walet negara merekodkan nilai eksport sebanyak RM1.21 bilion setakat September tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, nilai itu dijangka akan bertambah berdasarkan peningkatan RM400 juta pada 2020 yang menyumbang kepada nilai eksport RM1.8 bilion bagi tempoh penuh 2021.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan industri berkenaan berpotensi besar kerana mempunyai nilai eksport yang ketara.

‘Ini boleh menjadi sumber kekayaan baharu untuk negara.

“Menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0, kita memperuntukkan produk-produk bernilai eksport,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Walet Beluran di Tapak Tamu Beluran di sini hari ini.

Pesta itu diadakan untuk mempromosi industri berkenaan kepada komuniti agromakanan luar bandar yang merupakan majoriti masyarakat peladang selain menyampaikan maklumat tentang pendekatan serta dasar-dasar terkini kerajaan secara terus kepada rakyat.

Pada program itu, Ronald turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pemasaran Walet di antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran dengan Syarikat Nestlin Sdn Bhd yang bernilai RM4 juta setahun untuk tempoh lima tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan