Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sarawak perlu jawatan lebih penting dalam kabinet Persekutuan – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Okt: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak dan Sabah wajar diberikan portfolio yang lebih penting dalam kabinet Persekutuan selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, sesuai dengan Sarawak yang masih memerlukan banyak pelaksanaan projek pembangunan, justeru amat wajar ia diberikan portfolio berkaitan pembangunan.

“Harapan kita adalah selepas PRU-15 nanti, wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah akan dapat diangkat untuk menjawat jawatan penting dalam kementerian bagi membantu membangunkan kedua-dua negeri ini.

“Lantikan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan lebih berkesan kerana mereka lebih mengetahui kawasan yang memerlukan pembangunan,“ katanya ketika ditemui pemberita semasa Persidangan E.A.T. Taste of Borneo 2022 di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata lagi, beliau berpendapat kabinet baharu kelak perlu bersaiz sederhana, namun memuaskan hati semua pihak.

“Terdapat banyak cara untuk menggembirakan wilayah, misalnya, memperkenalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1, 2, 3 atau 4 daripada nak memenuhkan sampai 30 hingga 40 orang dalam kabinet.

“Kerajaan boleh kurangkan itu dan tambah jawatan TPM jika itu membantu untuk menggembirakan semua orang, mengapa tidak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan