Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan Kerajaan Sarawak menyalurkan dana jutaan ringgit kepada Sarawak United setiap tahun. Foto TVS.

Jangan kata kerajaan negeri tidak bantu Sarawak United – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Okt : Pengurusan Sarawak United (SUFC) dinasihatkan supaya lebih profesional dalam soal pengurusan kelab serta tidak mengheret Kerajaan Sarawak berhubung kemelut yang dihadapi mereka ketika ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, Kerajaan Sarawak sebelum ini telah membantu kelab berkenaan apabila menyalurkan peruntukan besar setiap tahun.

“Sarawak United menerima dana paling banyak mencecah jutaan ringgit setiap tahun berbanding dengan persatuan sukan lain.

“Jika hendak dibandingkan dengan peruntukan diberikan kepada Kuching City FC, bagai langit dengan bumi tetapi sekarang, kita lihat Kuching City lebih bagus,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Persidangan E.A.T. Taste of Borneo 2022 di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata demikian sebagai mengulas pengesahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kelmarin bahawa Sarawak United gagal mendapat lesen kelab bagi saingan Liga Super 2023.

MFL menjelaskan Sarawak United tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022 termasuk gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan selain mempunyai dua kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun Sarawak United FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan sebelum 19 Oktober ini.
 
Menurut Abdul Karim, beliau memandang serius perkara berkenaan malah bersedia untuk berjumpa dengan pengurusan kelab itu bagi mencari jalan penyelesaian.
 

“Namun hingga ke hari ini tiada maklum balas diterima daripada pengurusan kelab,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan