Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya jantan sesat dalam parit di Samariang, di sini berjaya ditangkap sepasukan anggota bomba. Foto BBP Petrajaya.

Buaya jantan sesat dalam parit di Taman Serambi, Samariang

ByNurul Amarlina

KUCHING, 14 Okt : Penduduk Taman Serambi, Samariang Aman, di sini gempar dengan penemuan seekor buaya ‘sesat’ dalam parit di situ pagi tadi.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pukul 10.16 pagi.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati buaya itu berada dalam parit berhampiran taman permainan.

“Seramai lapan orang anggota kemudian segera bertindak mengikat mulut buaya itu dengan tali dalam usaha menangkapnya.

“Ini juga untuk mengelak sebarang risiko,” kata BBP berkenaan menerusi kenyataan media.

Buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, SFC memaklumkan, reptilia yang ditangkap itu disahkan sebagai buaya jantan dengan panjang mencecah 10 kaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan