Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini. Foto: Bernama.

Ada kerumitan ekstradisi Jho Low

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.

“Jadi kita tidak boleh salahkan kerajaan daripada sudut ini kerana kita belum ada persetujuan dengan sesuatu negara tertentu.

Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya . Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti  polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini, ” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium  Universiti Malaya-National University of Singapore Hybrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas  di Malaysia, di sini hari ini.

Ketika ditanya “Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?”, Wan Junaidi berkata: “Saya tidak kata mustahil tetapi ia bukannya mudah.”

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan