Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Foto TVS.

Abdul Rahman tawar diri bertanding di Parlimen Kota Belud

KOTA KINABALU, 14 Okt : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menawarkan diri untuk bertanding semula di kerusi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Rahman berkata, pada PRU 2018, beliau diarahkan bertanding di Parlimen Sepanggar namun tewas kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohd. Azis Jamman.

“Sebenarnya pada waktu itu, saya mahu berada di Kota Belud namun apabila diarahkan oleh parti untuk berpindah ke Sepanggar, saya akur.

“Namun terbukti strategi parti ketika itu tidak betul kerana kita kalah,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata,  beliau mahu ‘berkhidmat’ di Kota Belud sekali lagi.

Sebelum ini beliau menang di kerusi berkenaan pada PRU 2008 dan 2013.

Ditanya faktor menawarkan diri, Abdul Rahman berkata, beliau mahu menyambung perancangan yang ‘tergendala’ di situ. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan