Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Abang Haliman Abang Julai. Foto TVS.

DBP Sarawak anjur program ketengahkan bahasa pribumi

KOTA SAMARAHAN, 12 Okt : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak bekerjasama dengan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Program Bicara Pusaka Bangsa bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2022.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai berkata, penganjuran program tahunan itu bertujuan untuk merangsang wacana keilmuan di kalangan masyarakat Sarawak agar lebih peka tentang bahasa dan sastera pribumi di negeri ini.

“Harapan DBP dan rakan penganjur ialah supaya hasil kajian penyelidikan berkaitan dengan kearifan tempatan ini dapat disebar luas di Sarawak dan juga seluruh Malaysia.

“Kami sentiasa melaksanakan kerjasama dengan pelbagai agensi yang sama fungsi selain turut melakukan penyelidikan berkaitan dengan kearifan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perasmian Program Bicara Pusaka Bangsa di UNIMAS hari ini.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Profesor Dr. Ambigapathy Pandian berkata, penganjuran program ini secara tidak langsung dapat memupuk dan menyemai kepentingan penggunaan bahasa melayu dalam program-program yang diadakan.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memartabatkan bahasa kita.

“Jika orang Malaysia tidak berbahasa Melayu, siapa lagi yang ingin menggunakan bahasa berkenaan.

“Kita juga cuba menanam jati diri dengan menggunakan bahasa Melayu namun ini tidak bererti kita meminggirkan bahasa lain seperti bahasa Inggeris,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan