Search
Close this search box.
ACP Tan Cheng San menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Malwira, Bukit Mertajam pada sidang media, hari ini. Foto TVS

Suami isteri miliki 30 kg ganja dicekup polis

BUKIT MERTAJAM, 11 Okt : Pasangan suami isteri disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan polis bersama 30 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Malwira di sini pada Rabu lalu.

Suspek lelaki berusia 32 tahun dan isterinya warga asing berumur 36 tahun dicekup pada operasi kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, pada operasi itu polis menemukan 29 bungkusan ketulan mampat disyaki ganja yang disimpan di dalam rumah pasangan itu.

“Kita merampas dadah yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM75,000 bagi siasatan lanjut.

“Siasatan turut mendapati pasangan berkenaan dipercayai aktif dalam kegiatan mengedar dadah sejak Mei tahun lalu bagi pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Tambah beliau, polis turut menyita sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe serta dua utas gelang tangan emas, seutas rantai leher dan sebentuk cincin bernilai RM28,270 bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan