Search
Close this search box.
Penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

PRS tampilkan tiga calon baharu pada PRU-15

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Okt : Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilkan tiga calon muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Presidennya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, mereka akan diberi ‘tugasan’ untuk bertanding di kerusi Parlimen Sri Aman, Lubok Antu dan Selangau.

Katanya mengikut tradisi, PRS akan diberikan enam kerusi Parlimen oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bagi dua kerusi yang kita menang pada PRU-14 iaitu Hulu Rajang dan Kanowit, penyandangnya iaitu Datuk Ago Dagang dan Datuk Wilson Ugak Kumbong akan dikekalkan,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Pada PRU-14, PRS memenangi tiga kerusi Parlimen termasuk Sri Aman namun Datuk Masir Kujat bertindak keluar parti dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 2019.

Sementara itu, Joseph Salang berkata, keputusan berkenaan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi PRS sebelum senarai akhir calon akan dihantar kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ditanya mengenai peluang PRS untuk menang di kerusi – kerusi berkenaan, Joseph Salang yang juga bekas Ahli Parlimen Julau berkata, mereka yakin akan mendapat sokongan.

“PRS berkeyakinan tinggi untuk menang di kesemua kawasan yang bakal ditandingi berdasarkan maklum balas positif daripada masyarakat setempat,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan