MHB peroleh kontrak daripada Sarawak Shell

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) memperoleh kontrak daripada Sarawak Shell Bhd (SSB) untuk mengendalikan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) platform luar pesisir untuk projek gas Rosmari-Marjoram, di luar pantai Sarawak.

Bin Shen yakin Aaron-Wooi Yiik makin matang kawal tekanan

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen yakin juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semakin matang dalam mengawal tekanan selepas mencatat kejayaan sensasi pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Jepun, Ogos lepas.

Abdul Karim yakin golongan muda memihak kepada GPS

KUCHING, 11 Okt : Golongan pengundi muda berumur 18 tahun dijangka memihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dr Mahathir umum akan pertahankan Langkawi

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.