Search
Close this search box.
Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan semalam. Foto: BERNAMA

Menteri Kabinet masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan “caretaker” – KSN

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Okt: Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan semalam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. TERKINI : Parlimen dibubarkan hari ini – Ismail Sabri
  2. 2. GPS bersedia hadapi PRU-15, kata Fadillah Yusof
  3. 3. Tertakluk kepada SPR tetapkan tarikh PRU-15, kata Ismail Sabri
  4. 4. PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
  5. 5. Agong tiada pilihan selain perkenan bubar Parlimen – Istana Negara
  6. 6. SPR akan adakan mesyuarat khas tentukan tarikh PRU15
  7. 7. GPS tidak terkesan dengan pengumuman PRU-15, kata Abdul Karim
  8. 8. Pertambahan jumlah pengundi baharu satu cabaran buat GPS
  9. 9. PRU perlu diadakan segera untuk pilih kerajaan stabil – Fadillah
  10. 10. PRU-15 sesuai sebelum pertengahan Nov
  11. 11. PRU15: Misi GPS kukuhkan kedudukan dalam Dewan Rakyat

“Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu,” katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi Kabinet ekoran pembubaran Parlimen.

Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila Perdana Menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

Mohd Zuki berkata ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.

Namun, katanya dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.

“Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri petang tadi dalam perutusan khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan