Search
Close this search box.
Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

Kerjasama dengan PAS pada PRU-15 tidak dibincangkan – Hishammuddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Barisan Nasional (BN) pada waktu ini tidak membincangkan kerjasama dengan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, selain itu kedudukan beberapa penyandang kerusi daripada UMNO juga tidak disentuh pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini.

“Tidak dibincangkan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disebut pada mesyuarat tadi.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat berkenaan yang di Menara Dato Onn di sini malam ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir selain Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir dalam mesyuarat berkenaan atas kapasitinya mewakili UMNO.

Sementara itu, ditanya tentang calon muka baharu, Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, perkara itu merupakan sesuatu yang sentiasa diberi penekanan.

“Kita (BN) telah membuktikan dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

“Jika itu merupakan keputusan di peringkat ngeri, saya tidak nampak ianya akan berubah sangat namun bukan ditentukan hari ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan