Search
Close this search box.
Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta yang bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh hari ini. Foto: JBPM Perak

Ibu dan bayi maut Myvi bertembung Mercedes Benz

IPOH, 11 Okt : Seorang wanita berusia 23 tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta yang bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, dua beranak itu maut di tempat kejadian manakala suami mangsa berusia 23 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dilaporkan cedera parah.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta dinaiki keluarga itu dari arah Cameron Highlands menuju Simpang Pulai sebelum berlanggar dengan kereta jenis Mercedes Benz dari arah bertentangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.46 tengah hari segera ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk.

“Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk pemandu yang cedera parah di bahagian tempat duduk pemandu.

“Dua mangsa dari kereta Perodua Myvi iaitu wanita dan bayi bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta mewah itu yang berusia 30-an  hanya mengalami kecederaan ringan.

Operasi membabitkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 2.45 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan