Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media Mesyuarat Persediaan Bencana Banjir JPBNS di Miri pada Jumaat. Foto: TVS.

Persiapan banjir, 627 pusat pemindahan sementara di Sarawak sedia diaktifkan

MIRI, 8 Okt : Sebanyak 627 pusat pemindahan sementara di Sarawak sedia diaktifkan sekiranya berlaku banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata selain itu, persiapan turut membabitkan 23 pusat simpanan makanan kering di seluruh negeri.

Agensi dan jabatan kerajaan berkaitan juga sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir dan bencana lain, katanya pada sidang media, selepas taklimat mesyuarat mengenai persiapan banjir di sini pada Jumaat.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, bagi menangani kerosakan kemudahan awam akibat banjir, Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan khas RM50 juta.

Peruntukan ini diluluskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mesyuarat Kabinet Negeri.

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai dana khas untuk membaiki infrastruktur awam yang rosak akibat banjir, dan sebab itu kerajaan negeri telah mewujudkan program tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti telah ditubuhkan. Pasukan yang dianggotai lebih 11,800 ahli ini berperanan memberi bantuan kepada mangsa banjir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan