Search
Close this search box.
Tiga beradik kembar antara sebahagian pelajar yang melapor diri bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town hari ini. Foto: TVS

Kembar tiga teruja daftar masuk satu universiti

GEORGE TOWN , 8 Okt : Kembar tiga yang tidak pernah terpisah teruja apabila mereka berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Mohamed Azmin Dawlath Mohamed, 22, dan adik kembarnya, Mohamed Azwan dan Mohamed Azrul menarik perhatian apabila bersama-sama hadir melaporkan diri di kampus induk USM hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, mereka bertiga gembira apabila dapat menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

“Kami tidak pernah berpisah sejak sekolah rendah sehinggalah diploma di Politeknik Seberang Perai juga dalam jurusan sama.

“Banyak perkara yang kami lakukan bersama, yang mana salah satunya ketika belajar di peringkat diploma kami menyiapkan tugasan dan belajar bertiga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, mereka yang bercita-cita bergelar pendidik turut berhasrat untuk ke pentas konvokesyen bersama-sama selepas menamatkan pengajian kelak.

Triplet tersebut merupakan antara 4,283 calon yang menerima tawaran bagi mengikuti program ijazah sarjana muda sepenuh masa dan diploma di tiga kampus USM bagi Sidang Akademik 2022/2023.

Turut hadir meraikan pelajar-pelajar baharu adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik, Ramli Osman.

Sementara itu, Narimah berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan kelestarian pendidikan dalam memastikan pelajarnya menerima kualiti pengajaran terbaik disamping meletakkan keselamatan dan kebajikan pelajar sebagai keutamaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan