Search
Close this search box.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bajet 2023: RM1.2 bilion untuk naik taraf sekolah daif Sabah, Sarawak

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA, 8 Okt: RM1.2 bilion diperuntukkan untuk Sarawak dan Sabah bagi menaik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif menerusi Bajet 2023.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan bajet di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata ia melibatkan 182 projek di Sarawak, manakala 123 di Sabah.

“Peruntukan ini disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif bagi mengantikan bangunan kayu lama untuk memberi keselesaan kepada murid-murid di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Katanya lagi kerajaan Persekutuan juga turut akan membina lima sekolah baharu dengan kos RM430 Juta bagi pembinaan di Sabah, Sarawak, Terengganu Cyberjaya dan Selangor.

Dalam pada itu Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sejak 1979.

Bagi menambah baik RMT, kerajaan menaikkan kadar makanan bermasak RMT dari RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala di Semenanjung dari RM2.50 kepada RM3.50.

Usaha ini sekali gus mampu memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat makanan yang berkhasiat.

RM1.2 Bilion, naik taraf sekolah daif Sabah, Sarawak

Menurutnya, RM777 Juta disediakan dengan peningkatan signifikan berbanding RM228 Juta pada tahun 2020 atas keluasan penerimaan dan kenaikan kadar penyediaan bekalan susu setiap hari.

“Oleh demikian lebih 800 ribu murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan