Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri. Foto Firdaus Ismail (TVS)

‘Sudah lama Sabah dan Sarawak bersabar’, kata Nancy

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Sudah lama Sabah dan Sarawak ‘bersabar’ mengharapkan peruntukan besar untuk projek pembangunan infrastruktur yang lebih menyeluruh, kata Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, sebelum ini Kerajaan Sarawak turut mengambil tanggungjawab dengan memberi peruntukan sendiri bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada rakyat.

“Kerajaan negeri juga bantu meningkatkan serta mempercepatkan bekalan elektrik, jalan raya dan kemudahan infrastruktur lain yang diperlukan Sarawak dan Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menerusi perincian oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Sabah dan Sarawak menerima peruntukan pembangunan negara terbesar iaitu masing-masing sebanyak RM6.3 bilion ringgit dan RM5.4 bilion ringgit.

Sejumlah RM1.2 bilion ringgit pula disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif terutamanya bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan khususnya anak-anak di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan 123 projek di Sabah dan 182 projek di Sarawak.

Kata Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, beliau berterima kasih di atas keputusan berkenaan.

“Semua projek – projek itu memang kita (Sabah dan Sarawak) tunggu.

“Selama ini kami memang begitu sabar sekali, syukur Alhamdulillah kita mendengar apa yang akan dipertingkatkan untuk Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan