Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian mewakili Premier Sarawak pada Majlis Kesyukuran Anjuran Agama-agama Lain bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-86 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini malam ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak ambil langkah ke hadapan manfaat sumber

BySalasiah Safian
Sarawak ambil langkah ke hadapan manfaat sumber

MIRI, 7 Okt : Sarawak mengambil langkah ke hadapan untuk memanfaatkan sumber semula jadi dengan dengan menambah nilai terhadapnya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, kerajaan negeri juga serius untuk menghasilkan produk hiliran berdasarkan sumber minyak dan gas seperti metanol, ammonia dan hidrogen.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memajukan ekonomi hijau dan mampan untuk bergerak ke arah dekarbonisasi.

“Dunia telah mengiktiraf usaha Sarawak untuk memajukan ekonomi hidrogen yang selari dengan usaha antarabangsa untuk menangani perubahan iklim dengan memperkenalkan bahan bakar yang tidak mengeluarkan gas.

“Sarawak mempunyai masa depan yang sangat cerah kerana kita ada sumber untuk membangunkan ekonomi. Negara lain seperti Singapura yang tidak ada sumber namun makmur, kenapa tidak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian pada Majlis Kesyukuran Anjuran Agama-agama Lain bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-86 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini malam ini.

Sementara itu, katanya selain sumber-sumber asli berkenaan, rakyat Sarawak juga merupakan sumber utama yang paling penting.

“Dalam usaha untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia, Sarawak kini mempunyai empat universiti dan sekolah antarabangsa.

“Bakat dan ilmu rakyat Sarawak dapat digilap untuk menempatkan mereka di dalam industri dan menjadi pakar dalam bidang teknologi,”katanya.

Namun demikian Abang Johari turut mengingatkan, semua perancangan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak akan dapat dicapai jika rakyat Sarawak tidak bersatu hati untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sebagai kesimpulan, saya gembira kerana UNIFOR meneraju usaha untuk menyebar mesej perpaduan sempena hari lahir rasmi TYT, supaya kita dapat terus memupuk persefahaman dan menghormati satu sama lain,” katanya.

Pada tahun ini, Miri dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-86, Tun Abdul Taib. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan