Search
Close this search box.
Perdana Menteri bersalaman dengan beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini selepas pembentangan Bajet 2023. Foto Firdaus Ismail(TVS)

Ismail Sabri ucap ‘salam perpisahan’ selepas pembentangan Bajet 2023

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sempat mengucapkan ‘salam perpisahan’ kepada rakan Ahli Parlimen hari ini.

Ucapan spontan itu terpacul daripada mulut Perdana Menteri ketika beliau bersalam dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 petang tadi.

“Salam perpisahan,” kata Ismail Sabri sambil diringi tawa beberapa pegawainya.

Ucapan beliau kemudian dibalas oleh pemimpin Amanah itu dengan berkata, jangan berpisah.

Petang semalam, Ismail Sabri hadir di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelbagai spekulasi tercetus berhubung perkara itu termasuk dakwaan Perdana Menteri menghadap Seri Paduka untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Sehingga kini, belum terdapat sebarang kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri berhubung perkembangan semalam.

Perdana Menteri menerusi sidang media pada minggu lepas turut mengesahkan PRU-15 akan berlangsung dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan