Search
Close this search box.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan Ahli Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen di sini hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Ismail Sabri sifatkan Bajet 2023 sesuai dengan Keluarga Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Menurut Perdana Menteri, bajet berkenaan menumpukan kepada pelbagai golongan melibatkan B40, M40, belia, wanita dan golongan kurang upaya (OKU).

Ujar beliau, peruntukan yang diberikan berdasarkan setiap aspek termasuk pembangunan luar bandar dan bandar.

“Bajet 2023 juga menumpukan kepada pemulihan ekonomi bagi persediaan ekonomi (yang dijangka) tidak menentu pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pembentangan Bajet 2023 di Parlimen di sini hari ini.

Menerusi pembentangan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, bajet berkenaan menyediakan RM272.3 bilion bagi perbelanjaan mengurus manakala sebanyak RM95 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Sebanyak RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka,”katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, keutamaan Bajet 2023 tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.

“Alhamdullilah, saya gembira dengan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

“Bajet 2023 juga memperlihatkan komitmen Kerajaan menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia. Bajet ini juga menjadi manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara, agar menjadi sebuah negara yang unggul setelah kita mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan